HEBAHAN ISTIADAT KONVOKESYEN ILJTM KALI KE 27 TAHUN 2024
HEBAHAN ISTIADAT KONVOKESYEN ILJTM KALI KE 27 TAHUN 2024🎓🎓
Perhatian kepada semua graduan ILP Ipoh:
Sesi keluaran 1/2023 dan 2/2023:
1. Kemasukan sesi 2/2020
2. Kemasukan sesi 2/2021
Semua graduan dijemput hadir ke Istiadat Konvokesyen ILJTM kali ke 27 Tahun 2024 yang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 17 – 18 Ogos 2024
Tempat: Bangi Avenue Convention Centre, Selangor
Pautan sistem jemputan:
https://apps2.jtm.gov.my/konvoiljtm/index.php
Perlu DIINGATKAN terdapat proses yang perlu di ikuti oleh bakal graduan sebelum boleh menjana surat jemputan konvokesyen.
1. Semak kelayakan bergraduat melalui No. Kad Pengenalan
2. Graduan WAJIB melengkapkan borang kaji selidik Kajian Pengesanan Kebolehkerjaan Graduan (Sistem eTOS)
3. Menghantar maklum balas kehadiran pada ruangan yang disediakan
4. Membuat bayaran konvokesyen pada akaun yang dinyatakan dan tunggu pengesahan bayaran dalam masa 5 hari bekerja.
5. Muat turun surat jemputan setelah pembayaran disahkan dan bawa surat tersebut pada hari pendaftaran (rujuk tarikh pada surat jemputan).
Terima kasih dan Tahniah kepada semua Graduan🌹🌹