SIJIL TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA
PENGENALAN
Program Sijil Teknologi Perindustrian (Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara) ditawarkan untuk mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan dalam bidang teknologi penyejukbekuan dan penyamanan udara. Pelajar-pelajar akan dilatih untuk menguasai pengetahuan dan mahir dalam kerja pemasangan, penyelenggaraan dan baik pulih sistem penyejukbekuan dan penyamanan udara, sama ada sistem untuk domestik atau komersil berdasarkan standard yang telah ditetapkan. Selain dari itu, pelajar juga berpeluang untuk mempelajari sistem penyamanan udara jenis pisah dan berpusat yang menggunakan sama ada sistem penyejuk udara atau sistem penyejuk air. Di samping itu, pelajar juga akan mempelajari sistem penyamanan udara kenderaan, membuat penyambungan sistem paip penyejukan, penyelenggaraan peti sejuk, penyelenggaraan komponen elektrik dan elektronik serta mekanikal untuk sistem penyaman udara. Program ini mematuhi standard Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Jabatan Alam Sekitar, Malaysia.
SYARAT KEMASUKAN
(i) Berumur 17 hingga 35 tahun;
(ii) Tamat Tingkatan 5;
**Tidak buta / buta warna / rabun / pekak ( tanpa alat bantuan ) / bisu / cacat fizikal / anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
PENSIJILAN
Pelajar yang LULUS dalam program ini akan dianugerahkan dengan sijil-sijil berikut:
* Sijil Teknologi Perindustrian dari Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia.
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
TEMPOH
2 TAHUN 3 BULAN
KURSUS | SEMESTER | TEMPOH |
---|---|---|
B02-SIJIL TEKNOLOGI PERINDUSTRIAN (TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA) |
SEMESTER 1
|
6 Bulan
|
SEMESTER 2
|
6 Bulan
|
|
SEMESTER 3
|
6 Bulan
|
|
SEMESTER 4
|
6 Bulan
|
|
SEMESTER 5
(Latihan Industri) |
3 Bulan
|
STRUKTUR KURSUS
B02 – TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN & PENYAMANAN UDARA (SESI KEMASUKAN 2019 – 2023)
Rujukan Noss / NOSS references:
ME-020-3:2012 – Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC / HVAC Installation and Maintenance Supervision
ME-021-2:2012 – Peralatan Penyamanan Udara HVAC-Tiga Fasa (Servis,Troubleshooting & Pembaikpulihan) / HVAC Three Phase Air-Conditioning Equipment (Servicing, Troubleshooting & Repair)
SEMESTER |
MODUL / MODULE |
Semester 1 |
B02-11-21: Industrial Safety
B02-11-22: Technical Drawing Application B02-21-23: Metal Work Practice B02-21-24: Electric and Electronic Fundamental B02-31-25: Refrigeration and Air Conditioning Piping B02-31-26: Refrigeration and Air Conditioning System |
Semester 2 |
B02-22-21: Refrigeration and Air Conditioning Water Piping
B02-22-22: Gas Welding Practice B02-22-23: Arc Welding Practice B02-22-24: Electric Motor B02-32-25: Electric Motor Control B02-22-26: Refrigeration and Air Conditioning Electronic Control |
Semester 3 |
B02-23-21: Commercial Refrigeration Installation
B02-23-22: Commercial Air Conditioning Installation B02-23-23: Air Cooled System Maintenance B02-23-24: Water Cooled System Maintenance B02-33-25: Air Conditioning System Troubleshoot and Repair B02-33-26: Refrigeration System Troubleshoot and Repair B02-23-27: Auto Air Conditioning System |
Semester 4 |
B02-34-21: Computer Aided Design (CAD) Application
B02-24-22: Air Distribution System B02-34-23: Mechanical Performance Analysis B02-34-24: Electrical Performance Analysis B02-34-25: Work Planning B02-34-26: Cost Estimation |
Semester 5 |
Latihan Industri |
SMPU03 – TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN & PENYAMANAN UDARA (SESI KEMASUKAN 2024)
Rujukan Noss / NOSS references:
F432-008-3:2021 : Pemasangan Dan Penyelenggaraan Tiga Fasa Pemanasan, Pengudaraan Penyamanan Udara Dan Penyejukbekuan (HVAC&R)
SEMESTER |
MODUL / MODULE |
Semester 1 |
SMPU03-12-02 Technical Drawing
SMPU03-12-02 Technical Drawing SMPU03-12-03 Metal Work And Fabrication SMPU03-13-04 Basic Refrigeration And Air Conditioning System SMPU03-12-05 Heating Equipment Installation |
Semester 2 |
SMPU03-22-01 Ventilation Equipment Installation
SMPU03-24-02 Air Conditioning And Refrigeration Air-Cooled Equipment Installation SMPU03-23-03 Air Conditioning And Refrigeration Air-Cooled Equipment Testing And Commissioning SMPU03-24-04 Air-Conditioning Water-Cooled Equipment Installation |
Semester 3 |
SMPU03-33-01 Air-Conditioning Water-Cooled Equipment Testing And Commissioning
SMPU03-32-02 Hvac&R Equipment Testing And Commissioning SMPU03-32-03 Heating Equipment Maintenance SMPU03-32-04 Ventilation Equipment Maintenance SMPU03-33-05 Air-Cooled Indoor Equipment Maintenance |
Semester 4 |
SMPU03-43-01 Air-Cooled Outdoor Equipment Maintenance
SMPU03-43-02 Water-Cooled Indoor Equipment Maintenance SMPU03-42-03 Water Cooled Piping System Maintenance SMPU03-43-04 Hvac&R Three Phase Installation And Maintenance Supervision |
Semester 5 |
Latihan Industri |
LALUAN KERJAYA
Pelajar yang tamat peringkat sijil berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, mendapatkan pensijilan kompetensi dalam bidang atau terus bekerja.
Sambung belajar |
ADTEC Shah Alam ADTEC Kemaman, ILP Kepala Batas, IKTBN, MFI |
Sijil kompetensi berkaitan |
Pengendalian Refrigeran Sektor Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (RSS) sijil tauliah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) |
Peluang kerjaya |
Program Sijil Teknologi Perindustrian (Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara) menyediakan prospek kerjaya sebagai Juruteknik Penyelenggaraan di sektor Awam atau Swasta atau menjalankan perniagaan sebagai Penyedia Perkhidmatan untuk memasang / menyelenggara /membekalkan unit penyaman udara. Selain peluang sebagai tenaga pengajar di mana-mana Institut Latihan Kemahiran Awam atau Institut Latihan Kemahiran Swasta. Jika tidak, mereka masih boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma. |
SUCCESS STORY