Tel : 05-527 7777, 05-526 5476, 05-526 5477, 05-527 5597 Fax : 05-527 0702 ilpipoh@jtm.gov.my

SIJIL TEKNOLOGI CADD MEKANIKAL (PEMBUATAN)

01
06
08
09
previous arrow
next arrow
PENGENALAN

Kursus Teknologi CADD (Computer Aided Drafting & Design) Mekanikal (Pembuatan) adalah kursus dimana pelajar diberi kemahiran berkaitan di dalam penghasilan lukisan kejuruteraan dan juga proses rekabentuk mekanikal. Pelajar dilatih untuk menghasilkan lukisan kejuruteraan yang sistematik untuk tujuan komunikasi visual, biasanya dalam industri pembuatan. Pelajar diberikan latihan asas dalam penghasilan lukisan kejuruteraan, dengan menggunakan peralatan lukisan konvensional (manual). Seterusnya latihan asas dan pertengahan diberikan di dalam penghasilan lukisan menggunakan perisian terkini 2D CAD dan 3D CAD.

Para pelajar juga diberikan pendedahan mengenai asas-asas pemesinan konvensional dan CNC, teknologi pemesinan semasa dan termaju (rapid protyping), yang mana dapat membantu pelajar menghasilkan rekabentuk yang efektif dan efisien berdasarkan keperluan industri. Pelajar juga didedahkan bagaimana menguruskan sesi latihan di industri. Pelajar di Tek. CADD Mekanikal juga menyertai program-program seperti Pertandingan Robot dan Pertandingan Inovasi, bagi tujuan memberikan pendedahan dan pengalaman sebenar proses rekabentuk dan pembuatan.

SYARAT KEMASUKAN

(i) Berumur 17 hingga 35 tahun;

(ii) Tamat Tingkatan 5;

**Tidak buta / buta warna / rabun / pekak ( tanpa alat bantuan ) / bisu / cacat fizikal / anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

PENSIJILAN

Pelajar yang tamat kursus dengan jayanya akan dianugerahkan sijil-sijil berikut:

* Sijil Teknologi Perindustrian dari Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia.
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

TEMPOH

2 TAHUN 3 BULAN

KURSUS SEMESTER TEMPOH

A15-SIJIL TEKNOLOGI PERINDUSTRIAN (TEKNOLOGI CADD MEKANIKAL (PEMBUATAN) )

SEMESTER 1
6 Bulan
SEMESTER 2
6 Bulan
SEMESTER 3
6 Bulan
SEMESTER 4
(Latihan Industri)
3 Bulan
STRUKTUR KURSUS

Rujukan Noss / NOSS references:
MC-080-3:2013 MECHANICAL DRAUGHTSMANSHIP – LEVEL 3

SEMESTER

MODUL / MODULE

Semester 1

A15-21-11 Fundamental Workshop Technology
A15-31-12 Fundamental Engineering Drawing
A15-21-13 Projection Drawing
A15-21-14 Introduction to CADD System
A15-41-15 Detail Drawing 1
A15-21-16 Assembly Drawing 1

Semester 2

A15-32-11 Detail Drawing 2
A15-42-12 Assembly Drawing 2
A15-32-13 Drafting Training And Development
A15-22-14 Basic Turning Operation
A15-22-15 Basic Milling Operation
A15-22-16 Basic Grinding Operation

Semester 3

A15-23-11 Drawing Management
A15-23-12 Production Supervisory
A15-33-13 Mechanical Drawing Sketching
A15-33-14 Introduction To Manufacturing Processes
A15-33-15 Introduction To CNC
A15-43-16 CADD Project

Semester 4

Latihan Industri
Industrial Training
LALUAN KERJAYA

Pelajar yang tamat peringkat sijil berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, mendapatkan pensijilan kompetensi dalam bidang atau terus bekerja.

Sambung belajar

ILP Ipoh (Diploma Kemahiran Malaysia (DKM))
ADTEC
UNiKL
IKTBN
MTUN

Sijil kompetensi berkaitan

Autodesk Certified Professional Inventor
Autodesk Certified Professional AutoCAD

Peluang kerjaya

 Pelukis Pelan Mekanikal, Pembantu Jurutera, Pereka CAD Mekanikal, Operator CAD dan bidang-bidang mekanikal yang berkaitan
Skip to content