Jabatan Tenaga Manusia (JTM) ditubuhkan untuk menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran teknikal bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. JTM bertanggungjawab bagi mengeluarkan pekerja-pekerja mahir, menjalankan penyelidikan latihan vokasional dan menyediakan maklumat peluang-peluang latihan untuk sektor perindustrian melalui Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia di seluruh negara.