UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI (UPPsi)
SEJARAH
Mula beroperasi pada Jun 2009 setelah seorang Pegawai Psikologi/ Kaunselor S41 dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai jawatan Guna Sama yang berkhidmat di bawah Jabatan Tenaga Manusia. Keperluan Pegawai Psikologi mencakupi kerja-kerja pembangunan modal insan sama ada kepada Pelajar mahupun Staff.
FUNGSI DAN PERKHIDMATAN
Menjalankan Perkhidmatan:
- Aktiviti/Pertemuan Professional dan Separa Professional seperti Kaunseling dan Bimbingan Kaunseling.
- Memberikan perkhidmatan sebagai penceramah Motivasi, Kesihatan Mental dan hal-hal berkaitan aspek Psikologi manusia
- Melaksanakan kajian sosial yang melibatkan sebarang isu atau masalah dalam usaha membangunkan Pelan Tindakan yang releven
- Memberikan perkhidmatan alternatif seperti Art Therapy untuk aktiviti pembangunan
- Menyelaras dan mengurus Alat Ujian untuk kegunaan meramal tingkahlaku/personaliti/gaya emosi dan lain-lain yang dirasakan perlu
- Menjalankan perkhidmatan Kaunseling Pemulihan Ketagihan Merokok
- Menjalankan perkhidmatan Kaunseling Kerjaya
- Menjalankan kerja-kerja yang perlu untuk pembangunan Institut/organisasi dari masa ke semasa