SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK
PENGENALAN
Program Sijil Teknologi Perindustrian (Teknologi Elektrik – 3 Fasa) yang ditawarkan akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan Sistem Pepasangan Elektrik Industri, Sistem Pencegah Kebakaran, Motor Elektrik Voltan Rendah, Kawalan Motor Elektrik, Sistem Perlindungan Voltan Rendah, Kabel Bawah Tanah Voltan Rendah, Pengubah, Lukisan Teknikal Elektrik, Sistem Penyaman Udara Domestik, Pengujian dan Pengukuran serta Asas kepada Programmable Logic Controller (PLC). Pelajar juga diwajibkan mengikuti Latihan Industri di syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga, Malaysia selama 6 bulan bagi melengkapkan syarat kursus ini. Program ini juga mematuhi standard Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Suruhanjaya Tenaga, Malaysia.
SYARAT KEMASUKAN
Warganegara Malaysia
Berumur 17 hingga 35 tahun
Lulus SPM atau setaraf dengan LULUS dalam subjek:
a. Bahasa Melayu;
b. Matematik/ Matematik Tambahan;
c. Sains / Sains Tambahan / Sains Gunaan / Fizik/ Kimia atau subjek teknikal berikut:
Pengajian KejuruteraanElektrik & Elektronik
Pendawaian Domestik
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
Prinsip Elektrik & Elektronik
Aplikasi Elektrik & Elektronik
Teknologi Elektrik
Pemasangan Kawalan Elektrik
Lukisan Geometri & Elektrik; dan
d. Sejarah (SPM Tahun 2013 ke atas sahaja); dan
** Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran
PENSIJILAN
Pelajar yang LULUS dalam program ini akan dianugerahkan dengan sijil-sijil berikut:
* Sijil Teknologi Perindustrian dari Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia.
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
* Sijil Kekompetenan Pendawai Elektrik Tiga Fasa (PW4) dari Suruhanjaya Tenaga Malaysia
TEMPOH
PELAJAR LAMA (SESI KEMASUKAN 2019 – 2023)
2 TAHUN
KURSUS | SEMESTER | TEMPOH |
---|---|---|
B19-SIJIL TEKNOLOGI PERINDUSTRIAN (TEKNOLOGI ELEKTRIK) |
SEMESTER 1
|
6 Bulan
|
SEMESTER 2
|
6 Bulan
|
|
SEMESTER 3
(Latihan Industri)
|
6 Bulan
|
|
SEMESTER 4
|
6 Bulan
|
PELAJAR BARU (BERMULA SESI KEMASUKAN 2024)
2 TAHUN 3 BULAN
KURSUS | SEMESTER | TEMPOH |
---|---|---|
SMET03 SIJIL TEKNOLOGI PENDAWAIAN ELEKTRIK TIGA FASA |
SEMESTER 1
|
6 Bulan
|
SEMESTER 2
|
6 Bulan
|
|
SEMESTER 3
(Latihan Industri)
|
6 Bulan
|
|
SEMESTER 4
|
6 Bulan
|
|
SEMESTER 5
|
3 Bulan
|
STRUKTUR KURSUS
B19 SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK (SESI KEMASUKAN 2019 – 2023)
Rujukan NOSS / NOSS references
EE-320-3: 2012 (Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa) / (Three Phase Electrical Installation and Maintenance
EE-320-2: 2012 (Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa) / (Single Phase Electrical Installation and Maintenance)
SEMESTER |
MODUL / MODULE |
Semester 1 |
B19-11-21: Electrical Act and Regulation
B19-21-22: Basic Electricity B19-21-23: Single Phase Electrical Drawing B19-21-25: Single Phase Electrical Testing B19-31-26: Single Phase Domestic Wiring B19-21-26: Single Phase Wiring System |
Semester 2 |
B19-22-21: Three Phase Electrical Drawing
B19-22-22: Three Phase System B19-42-23: Three Phase Domestic Wiring B19-32-24: Three Phase Industrial Wiring B19-32-25: Electrical Machine |
Semester 3 |
Latihan Industri
Industrial Training |
Semester 4 |
B19-44-21: Three Phase AC Machine
B19-24-22: Industrial Wiring System B19-24-23: Three Phase Distribution System B19-34-24: Maintenance of Electrical System B19-24-25: Basic Automation System B19-34-26: Electrical Work Supervision |
SMET03 SIJIL TEKNOLOGI PENDAWAIAN ELEKTRIK TIGA FASA (BERMULA SESI KEMASUKAN 2024)
Rujukan NOSS / NOSS references
F432-005-3: 2019 (Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa) / (Three Phase Electrical Installation and Maintenance)
F432-005-3: 2019 (Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa) / (Single Phase Electrical Installation and Maintenance)
SEMESTER |
MODUL / MODULE |
Semester 1 |
SMET03-12-01 : Electrical Safety And Regulation
SMET03-13-02 : Basic Electricity SMET03-12-03 : Single Phase Electrical Drawing SMET03-14-04 : Single Phase Wiring System SMET03-12-05 : Electrical Protection System CNC101 : NCS Core Abilities Level 1 CNC201 : NCS Core Abilities Level 2 GIE011/GME021 : Islamic Studies / Morale Studies GCC140 : Co-Curriculum |
Semester 2 |
SMET03-24-01: Electrical Installation And Testing
SMET03-24-02: Single Phase Building Electrical Installation SMET03-22-03 : Three Phase Electrical Drawing SMET03-24-04 : Three Phase Building Electrical Installation GFM031 : Fundamental Mathematics GDE041 : Digital Entrepreneurship CIE200 : Industry Exposure |
Semester 3 |
CIT312 :
Industrial Training |
Semester 4 |
SMET03-43-01: Electrical Motor And Control System
SMET03-42-02 : Single Phase Electrical Maintenance SMET03-41-03 : Electrical Work Supervisory SMET03-43-04 : Three Phase Electrical Maintenance SMET03-43-05 : Electrical Building Automation System Installation CNC302 : NCS Core Abilities Level 3 GTE051 : Technical English GWR061 : Worker Right Education |
Semester 5 |
SMET03-53-01 : Three Phase Electrical Motor And Control System
SMET03-54-02 : Industrial Electrical Installation And Testing |
LALUAN KERJAYA
Pelajar yang tamat peringkat sijil berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, mendapatkan pensijilan kompetensi dalam bidang atau terus bekerja.
Sambung belajar |
ADTEC Shah Alam, ADTEC Kemaman, ADTEC Bintulu UNIKL IKTBN |
Sijil kompetensi berkaitan |
Penjaga Jentera Pencantum Kabel |
Peluang kerjaya |
Program Sijil Teknologi Perindustrian (Teknologi Elektrik – 3 Fasa) memberi prospek kerjaya sebagai Pendawai Elektrik Tiga Fasa atau juruteknik elektrik di sektor awam atau swasta. Peluang sebagai tenaga pengajar di mana-mana Institut Latihan Kemahiran Awam atau Institut Latihan Kemahiran Swasta atau melanjutkan pengajian dalam bidang Pendawai Elektrik kategori PW6 atau bidang Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah sekatan A0 atau A1. |
SUCCESS STORY