SIJIL TEKNOLOGI FOUNDRI
PENGENALAN
Bahagian Teknologi Foundri melatih pelajar untuk menghasilkan produk (kasting) logam. Kasting dihasilkan dalam pelbagai bentuk melalui proses peleburan (pencairan) logam, menuang logam ke dalam acuan (mould), dan mengeluarkan produk atau kasting setelah logam tersebut mengeras apabila ia menyejuk. Logam yang paling biasa diproses adalah aluminium dan besi tuang. Pelajar akan mempelajari proses-proses utama foundri iaitu pembinaan corak (pattern making), pembuatan acuan (mould making), peleburan logam (melting) dan penuangan logam (pouring) ke dalam acuan, mengeluarkan kasting (casting shake-out) dan membuat kerja penyudahan kasting (casting finishing).
SYARAT KEMASUKAN
(i) Berumur 17 hingga 35 tahun;
(ii) Tamat Tingkatan 5;
**Tidak buta / buta warna / rabun / pekak ( tanpa alat bantuan ) / bisu / cacat fizikal / anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
PENSIJILAN
Pelajar yang tamat kursus dengan jayanya akan dianugerahkan sijil-sijil berikut:
* Sijil Teknologi Perindustrian dari Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia.
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
TEMPOH
2 TAHUN 3 BULAN
KURSUS | SEMESTER | TEMPOH |
---|---|---|
A06-SIJIL TEKNOLOGI PERINDUSTRIAN (TEKNOLOGI FOUNDRI) |
SEMESTER 1
|
6 Bulan
|
SEMESTER 2
|
6 Bulan
|
|
SEMESTER 3
|
6 Bulan
|
|
SEMESTER 4
|
6 Bulan
|
|
SEMESTER 5
(Latihan Industri) |
3 Bulan
|
STRUKTUR KURSUS
Rujukan Noss / NOSS references:
MC-070-2:2013 – Pengeluaran Foundri / Foundry Production
MC-070-3:2013 – Penyeliaan Pengeluaran Foundri / Foundry Production Supervision
SEMESTER |
MODUL / MODULE |
Semester 1 |
A06-01-11: Workshop Management
A06-01-12: Pattern Making 1 A06-01-13: Sand Mould Process A06-01-14: Investment Casting 1 A06-01-15: Die Casting 1 A06-01-16: Melting and Casting Finishing 1 |
Semester 2 |
A06-02-11: Maintenance Works
A06-02-12: Pattern Making 2 A06-02-13: Investment Casting 2 A06-02-14: Die Casting 2 A06-02-15: Melting and Casting Finishing 2 A06-02-16: Test and Inspection 1 |
Semester 3 |
A06-03-11: Pattern Making 3
A06-03-12: Investment Casting 3 A06-03-13: Sand Mould Making A06-03-14: Melting Process A06-05-15: Finishing Process |
Semester 4 |
A06-04-11: Foundry Management
A06-04-12: Die Casting 3 A06-04-13: Quality Assurance A06-04-14: Test and Inspection 2 A06-04-15: Supervisory |
Semester 5 |
Latihan Industri |
LALUAN KERJAYA
Pelajar yang tamat peringkat sijil berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, mendapatkan pensijilan kompetensi dalam bidang atau terus bekerja.
Sambung belajar |
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) Di Politeknik |
Peluang kerjaya |
Juruteknik faundri atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang faundri |
SUCCESS STORY